Wednesday, December 2, 2015
Filled Under:
SAYU!! "Banyak PERUBAHAN Sikap ARWAH" - Jon, Teman SERUMAH Arwah PAK YUS...
Posted By:
Stefani
on December 02, 2015
>> Rakan serumah pelawak Allahyarham Yussry Edoo, Wan Sharizon Rahim atau Jon Raja Lawak merupakan antara sahabat paling rapat dengan Yus Jambu....
>> Wan Shahrizon (Jon) yang sudah mengenali Pak Yus selama hampir 20 tahun berkata, selepas arwah meninggal dunia akibat sesak nafas malam tadi, barulah beliau perasaan perubahan sikap teman baiknya itu.....
>> Ini komen Jon:...
>><< KURANG BERCAKAP
>> Jon mengatakan dia perasan Yus kurang bercakap akhir-akhir ini. Dia tidak menyangka perubahan sikap arwah yang tidak banyak bercakap kebelakangan ini menjadi petanda beliau akan pergi selama-lamanya.......
>> "Sepanjang mengenali arwah, dia suka bergurau. Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini saya dapati dia kurang bercakap. Selalunya dalam kereta dia suka berbual, tetapi kebelakangan ini lebih banyak mendiamkan diri......
>> "Sebenarnya, saya tidak perasaan perubahan sikap beliau sehinggalah malam tadi.....
#"Banyak lagi perubahan sikap arwah sebelum dia pergi, tetapi sukar untuk saya mengingati semuanya,"....
>><<TERMENGAH-MENGAH
>> Tambah Jon lagi, ketika Yus tampil membuat persembahan pada pertandingan akhir Raja Band di Dataran Merdeka, malam tadi, beliau melihat Yus seperti termengah-mengah.....
>> Sebaik persembahan berakhir, Yus meminta dihantar pulang dengan segera.....
>> "Yus kelihatan sangat penat sehingga menolak permintaan beberapa peminat yang ingin bergambar dengannya di belakang pentas. Sebelum ini, dia bukan macam itu.....
>> "Yus biasanya akan melayan setiap peminatnya. Sebaik masuk ke dalam kereta, beliau membuka kasut dan bajunya serta bersandar kepenatan,"....
>><< MENYANYI LAGI PENAT
>> Shahrizon berkata, di dalam kereta beliau sempat berseloroh dengan Yus mengenai jenis pekerjaan disukainya....
>> "Saya cakap antara main bola sepak dan menyanyi, mana satu lebih penat. Lantas Yus jawab menyanyi,"....
>> Beliau berkata, sebaik melalui Jalan Ipoh, Yus seperti terkena serangan sawan dan terus tidak sedarkan diri......
>> "Kami sangka Yus hanya pengsan. Kami segera membawanya ke Hospital Selayang. Apabila tiba di bahagian Zon Merah, Unit Kecemasan, doktor yang memeriksanya mengatakan Yus sudah meninggal,".....
Sumber >> http://bargetar2015.blogspot.my/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment